Rabu, 18 April 2012

TEKNIK HANTARAN BOLA BALING

1) hantaran paras bahu
Hantaran paras bahu ini dapat dilontar dengan lebih jauh dan cepat. hantaran bola ini sukar direbut dan dipintas oleh pihak lawan.

Cara-cara hantaran:
(a) pegang bola di atas tapak tangan kanan
(b) kaki kiri melangkah selangkah ke hadapan, bertindak sebagai paksi pada pergerakkan kaki kanan
(c) berat badan berada diats kaki kanan
(d) bawa bola ke belakang kepala dengan siku dibengkokkan
(e) pindahkan berat badan kaki kanan ke atas kaki kiri semasa membuat hantaran
(f) tolak bola dengan kuat dan terus ke hadapan " flick"
(g) tangan dan jadi ikut lajak arah bola dihantar
(h) bagi hantaran jarak jauh, gunakan pergerak "whip" pergelangan tangan dan jari


2) Hantaran aras dada
Hantaran paras dada, satu hantaran yang kuat, cepat dan untuk jarak yang tidak begitu jauh. Hantaran ini sesuai untuk keadaan yang pantas dan memerlukan tindakan segera.


Cara-cara hantaran:
(a) jari tangan pemain dibuka untuk mencengkam bola
(b) bola mesti berdekatan dengan badan, iaitu paras dada. Tangan dibengkokkan dan siku siku hendaklah dibengkokkan dan siku juga hendaklah dalam kedudukan yang seimbang.
(c) badan pemain hendaklah dalm keadaan yang seimbangan dengan kaki kiri ke hadapan.
(d) pemain hendaklah mengambil satu langkah ke arah lontaran
(e) siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan tangan ditolak ke hadapan serentak dengan kekuatan lontaran bola.

3)Hantaran sisi/ bawah bahu

Hantaran ini digunakan apabila pemain terlibat dihadang oleh pihak lawan. Pemain yang ingin melontarkan hantaran perlulah melontar bola setingga yang boleh ke arah ahli pasukan yang lain.
Cara-cara hantaran:
(a) teknik yang sama seperti hantaran bahu
(b) tangan kanan yang dihayun ke belakang hendaklah berada pada paras pinggang
(c) tolak bola dengan menggunakan pergelangan tangan sambil menukarkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan

4) Hantaran lantun
Hantaran yang sering dilakukan apabila ramai pemain berkumpul di satu0satu kawasan gelangan terutamanya apanila hampir dengan kawasan jaringan. Hantaran ini rendah sahaja dan digunakan apabila pemain pihak lawan lebih tinggi berbanding pihak yang membuat hantaran.

Cara-cara hantaran:
(a) kedua-dua belah tangan memegang bola pada aras dada
(b) pemain melangkah setapak ke hadapan lalu menolak bola ke lantai agar bola dilantun semula dan dapat disambut oleh ahli pasukan nya yang lain.
(c) apabila menggunakan sebelah tangan, gerakan sama seperti hantaran bahu tetapi pemain hendaklah merendahkan badan dengan cara membengkokkan sedikit lutut.